2007/10/01

Aurat Wanita

MENUTUP AURAT (WANITA) SATU KEWAJIBAN.

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w melihat kaum wanita diazab dalam neraka diantaranya wanita digantung dengan rambutnya hingga menggelegak otak mereka. Rasulullah s.a.w menerangkan dengan bersabda,
“Adapun wanita yang digantung dengan rambutnya itu adalah kerana dahulu di dunia mereka tidak menutup rambut mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi;
“Sesungguhnya termasuk ahli neraka, perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”

Begitulah janji seksaan azab Allah s.w.t kepada kaum wanita yang mendedahkan aurat di dunia ini.

Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna sebagaimana ayat 3 dari Surah Al-Maidah. Kesempurnaan ini mengcakupi segala aspek kehidupan rohani dan lahiriah termasuklah cara berpakaian dalam Islam sebagai satu pencegahan kepada masalah yang lebih buruk.

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu menjadi agama bagimu.
(5:3 Al-Maidah)

Arahan kewajiban menutup aurat adalah jelas dalam ayat-ayat dari Surah An-Nur dan Surah Al-Ahzab.

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

24:31 "Katakanlah kepada wanita yang beriman: ""Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."(Ayat 31, Surah An-Nur)

Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59,
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

33:59 "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ""Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya(tudungnya) ke seluruh tubuh mereka"". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang." (Ayat 59, Surah Al-Ahzab)

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa Asma’ Binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah nabi dengan berpakaian nipis, kemudian Nabi s.a.w memalingkan mukanya sambilbersabda; “Hai Asma’,sesungguhnya perempuan apabila sudah baligh tidak patut menampakkan badannya kecuali ini dan ini (Rasulullah menunjukkan tapak tangan dan mukanya)”


Sesungguhnya, wanita itu secara fitrahnya dilahirkan cantik dan menarik perhatian kaum Adam. Hakikatnya, kecantikan wanita yang tidak beriman, yang memperlihatkan kecantikan tubuh badan merupakan satu fitnah yang besar kepada masyarakat Islam. Sejarah telah membuktikan berapa ramai pemimpin-pemimpin termasuk di kalangan pemimpin Islam, jatuh bersama kerajaannya hanya kerana fitnah wanita. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Imran,

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
3:14 Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita , anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga) (Ayat 14, Surah Al-Imran).

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda, “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, lalu ia keluar dari rumahnya kemudian ia melalui akan sesuatu kaumdengan tujuan supaya mereka mencium baunya maka ia adalah seperti berzina” (HR Abu Daud dan At-Tarmizy)

Sebagaimana pengistiharan Allah s.w.t tentang kesempurnaan Islam, Allah s.w.t seterusnya memerintah umat Nabi Muhammad s.a.w memasuki agama Islam secara total, yakni mengamalkan segala suruhan dan laranganNya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (2:208)

2:208 Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. (Ayat 208, Surah Al-Baqarah)

Ayat ini amat bertepatan dengan lumrah di zaman sekarang di mana ajaran Islam itu diamalkan secara separuh-separuh sahaja. Contohnya, dalam masa kita menerima ayat-ayat perintah solah, kita menolak ayat-ayat perintah menutup aurat. Kita menerima ayat ayat zakat, pada masa yang sama kita menolak ayat ayat larangan riba. Kita menerima kitab puasa dan haji, tapi kita menolak kitab hukuman qisas dan hudud. Ayat Al-Quran Kitabullah ini wajib diterima dan diamalkan sepenuhnya. Tindakan kita menolak ayat-ayat tertentu seperti suruhan dan laranganNya, sama seperti langkah setan menolak ayat-ayat Allah supaya bersujud kepada Nabi Adam a.s.

Mengenai menutup aurat wanita,kita dapati ramai di kalangan wanita hari ini menganggap kewajiban itu untuk mereka yang sudah berumur. Ramai di kalangan wanita kita menangguh-nangguhkan hasrat menutup aurat atau bertudung. Ada yang berhasrat akan bertudung selepas berkahwin, ada yang berhasrat bertudung selepas menunaikan haji dan umrah. Sebenarnya, soal mematuhi suruhan dan menjauhi larangan Allah s.w.t dan Rasulullah ini wajib dilakukan seberapa segera kerana kita tidak tahu bila Malaikat Maut datang menjemput kita ke alam Barzakh dan Akhirat.









No comments: